Monday 10 May 2010

Berkacang-kacang dahulu...

Bersusah-susah kemudian.

During my closed-for-commission period, I actually manage to catch up with office work but not my stamp projects. My plan has failed :( Mengikut rancangan, masa itu sepatutnya digunakan untuk mengerjakan projek stamp habis-habisan. Tahu tak, saya rasa macam tercekik tongkol jagung setiap kali teringat ada customer yang sudah berbulan menunggu order mereka siap.

I tried as much as possible, juggling tasks between stamp and office works, and not to forget, membuat kerja-kerja kebajikan di rumah. April also seemed to be a month di mana saya telah makan dengan sangat baaaaaaaanyak sehingga perut saya buncit dan baju-baju saya sendat (eh terkeluar tajuk pulak).

Ada sebijik stamp ni, sudah 3 biji pemadam besar saya korbankan, sudah banyak "tarikan nafas" yang saya skipped kerana terlalu berhati-hati, sampai mungkin ada sel-sel dalam badan saya ni yang mogok kekurangan oksigen... tapi stamp itu tetap gagal mencapai piawaian saya sendiri. Saya rasa stamp itu adalah stamp jahat, kerana ia telah membunuh keghairahan saya dalam arena ukiran stamp dan selepas 3 kali "turned off", keyakinan saya tercalar. Sedikit-sebanyak, itulah juga punca disaster yang menyebabkan saya gagal mencapai target. Hilang motivasi maa...

Sementara mengumpul kekuatan untuk bertarung semula dengan stamp jahat itu, saya mengalihkan tumpuan kepada stamp-stamp yang lebih kacang. Jangan risau, saya bukannya sedih-sedih. Saya sedang gembira sakan nih.

Tuan2 dan Puan2 sekalian... mempersembahkan, dua design stamp terkini... siri Koleksi Raja Sehari Kulitmanggis!!! *drum roll ~ Tush!!*

Kek ini tiada dijual di mana-mana, kerana bahan-bahannya adalah daripada jus perahan otak saya sendiri.

Marzukie. Asal sebut Marzukie saja mesti teringat bekas Cegu Bahasa Inggeris saya dulu, made in Machang Kelate. Bila sebut manggis, adakah anda teringat saya? Ini soalan umum bukan khusus buat Cegu Marzukie sa-orang hahahahahahahaha.

P/S: Janganlah nafsu anda tercalar pulak untuk terus bertandang dek kerana entri saya yang tiba-tiba sewel. Sebelum blog ini jadi blog arts & crafts, blog ini lebih kurang beginilah. Sebagaimana telah saya beritakan kepada kawan rapat saya, saya rasa mungkin saya sudah tua. Jadi saya malas mahu berfikir banyak, buat sajalah ikut rasa.

8 comments:

Aneesah said...

But sewel entries are the best ones! ;D Haha, sama jugaklah, kekadang duk upload gambar kat FB or whatever, captions all gile oready. Ikut mood. Komen pun ntah ape2.

Sending you good energy to battle the evil stamp. *tiup tiup energy* Keep juggling!

mangosteenskin said...

Aneesah,
Oh how senang it is to write a sewel entry. Haaaa....stamp jahat itu memang menakutkan....harap2 dapatlah menjinakkannya nanti (terbayang kuda liar). Hehe.

euphoria said...

eh... sewel entries are the best. My blog is still not mencapai level sewel.. konon2 ingin berhemah la tu hahahahha!

Sila pakai aura powerpuff girl untuk menundukkan stamp jahat itu. Mesti boleh!!

mangosteenskin said...

euphy,
selama ni mangosteenskin skema sj kan. Mango ni kalau nak buat sesuatu mmg strict, tak cukup semata-mata reti buat. Kalau boleh biarlah apa saja yg mango buat comes naturally dari hati...kalau buat buat buat...tp dlm hati ada rasa mcm tak best, I believe that is a sign that "it's not me". Kdg ternampak cara org lain, rasa mcm terpengaruh, but I believe setiap manusia Allah ciptakan berbeza...so if i look deeper and find my own style...i will find it.

Pembawaan sewel ini terasa lebih selesa. I wonder if this is me? Hahahaha.

mrs sweet lola said...

best baca dlm versi bahasa.english sy kureng.hu3

Restnrileks said...

Berkacang-kacang dahulu, Bersirap bergelas kemudian? Yelah bila dah makan kacang, mesti haus. Apa lagi pekena Air sirap sejuk segelas baru "Syiok"

Entri yang bersifat "sewel" itu adakalanya penghibur hati setelah penat berkerja. Whoaho!!

Nasib baik stem RestNrilekS sudah lama disiapkan, jadi selamat dari bahana menunggu. Whoaho Lari...

Terus terang, Rizal suka gaya santai penulisan BM Manggo, ada ciri-ciri "whimsical" - ehhh ni kalau BMnya di panggil apa? Ada ciri pari-pari.. Macam mana tu? he he he

LiaNa^LeVski said...

kiutnya stamp ni..
camna nak order yer,siap bape lama?
harga pula bagaimana?

emel me at laina_levski@yahoo.com

diana luna said...

EE CUTENYA..
MMG NAK TEMPAH LA STAMP NI..CAN U EMAIL ME?
dianasharif@gmail.com