Friday 28 May 2010

Si Kucing Kurap


Ini adalah sarapan saya pada hari ini. Anda, sarapan apa pulak?

Minggu ini saya berjaya berpuasa dua hari. :) Tapi bila dah sampai jam 4, nak tunggu sampai 6.26 rasa macam masa berjalan sangaaaat perlahan. Haha. Itulah kesannya bila dah biasa asyik mengunyah.

Dua malam lepas, ingat nak masak mi goreng ala-ala mi goreng mamak, tapi tak jadi. :)

Sebenarnya, saya cuba untuk berdiet, sebab sekarang kalau saya beli baju bersaiz XL sekalipun, tetap sendat. Jadi sila jangan hairan kalau anda nampak saya asyik pakai baju yang sama selang sehari dua. Kalau silap pakai, boleh jadi Incredible Hulk wooo...

Dulu-dulu saya sangat kurus. Sampai ada yang panggil saya Olive, bini Popeye. Sudahlah saya ni tinggi orangnya. Makanlah berapa banyak pun, saya tetap kurus. Sewaktu remaja, saya low self-esteem kerana selalu diejek dengan panggilan "si Kurus", sampai ada kucing kurap yang kurus lalu pun disamakan dengan saya. Jadi setiap kali saya pandang cermin, saya berdoa semoga Allah gemukkan saya sikit.

Sekarang Allah dah bagi apa yang saya minta. Makan, makan, makan. Gemuk. Bila pandang cermin, nak berdoa pada Allah minta kurus pulak, tapi terfikir sendiri yang manusia ni memang tak pernah puas dengan apa yang ada. Saya jadi sedar sebenarnya apapun yang terjadi pada diri sendiri terpulang pada diri sendiri juga.

Saya tak tahu berapa exactly berat saya sekarang. Mungkin 75? Yang pasti saya harus ambil perhatian terhadap petanda-petanda yang muncul seperti sakit tumit, kuat berpeluh dan cepat letih. Lagipun "muffin" yang terapung di sekitar pinggang ni bukannya sedap pun! Senak bila pakai jeans.

Nah, si kucing kurap sudah hampir jadi gergasi!!

10 comments:

euphoria said...

hmm... I have those muffin tops as well. Buat exercise at least setengah jam setiap hari, kurangkan kuantiti karbohidrat, lebihkan sayuran, dan buah-buahan. Kurangkan snek.. munch an apple. Well at least thats what I'm doing... slowly the weight will come off.. InsyaAllah.

bluecrystaldude said...

Hehe. Salam kak Mango. sorry tergelak skit baca post ni. Manusia memang susah nak bersyukur. saya pun seorang yang sangat kurus masa sekolah dulu. tapi selepas itu saya nekad untuk cuba naikan berat badan. terus berusaha sampai sekarang, rasa dah terlebih berat pula. Anyway, sekarang saya lebih fokuskan makanan yang berkhasiat dan gaya hidup yang lebih cergas.

All the best for your weight ;)

Haaziq

Azlina Abdul said...

hahahahahhahahahahhahaha! Kelakar la post nih..... Unlike you Mango....I've always been overweight since I finished my form 5....and it has been so difficult to loose the weight especially since I'm a thyroid patient.....metabolic rate very low....so, sometimes memang rasa macam nak give up jer...sebab really really susah sangat nak loose the muffin yg cantik tersusun di keliling pinggang nih. :P I check BMI...rupanya since I'm 5' 4", I have to be 65kg barulah dikatakan normal weight...huhuhu....susah betul nak loose even 1 kg these days. :( All the best to you ya... ;)

mrs sweet lola said...

diet carbho je mango.mesti kureng hehe.

Ani Abby said...

Mango..sama lah ngan saya tapi dulu saya tak masuk dlm kategori terlampau kurus. Sederhana jer. Sekarang ni memang tengah niat nak kurus kan badan. Adeh..sekarang berat badan asyik turun naik...So I know how you feel.

suha-sweetsites said...

hhahahah...lawak lah entri nih cik mango...suha pon samer gak,,pakai baju manjang size XL...nak pakai size M camtuh,,kena beli brand yg ader cutting besar...sure dpt pakai size M...muahahahahah....xpon,,pakai baju laki tp xnampak lah sgt mcm laki...

Faisal Admar said...

haha banyak kan bersukan mango! :)
btw, the meal looks tempting!

Ummi-Izah said...

as'kum....alahai kesiannya sampai disamakan dgn kucing kurap..

Tu lah kita nih manusia yang memang tidak pernah puas (statement to myself yer Mai)..nak hujan dah bagi hujan..nak panas pulak...hehehe anyway yang penting sihat...ummi bukan donut lagi...spare tyres nih byk..

mangosteenskin said...

euphy,
memang dah cuba amalkan begitu tp mango ni jenis yang tak konsisten. Boleh pulak ada cuti2 lagi. Sehari diet, cuti 2-3 hari. Hahahahaha.

haaziq,
memang ditulis untuk buat orang gelak pun. Hihi. Part lebih cergas tu yang Mango tak berapa tu, malas bersukan.

LIn,
oh? Hmm, don't give up Lin! I know u can do it. I know somebody with thyroid, dulu memang gemuk skrg dah kurus! But I think dia ambik replacement food, mcm herbalife etc gitu.

Ms Nrchotique,
Haah, nak try diet karbo la ni. Pernah dgr jg diet tu berkesan.

Achik,
Sebenarnya Mango bukanlah underweight, BMI normal saja, cuma mungkin sebab tinggi, jadi nampak kurus. Waktu remaja dulu badan pulak tak berapa nak "kembang" so nampaklah mcm bini Popeye kot. Hahaha.

Suha,
Kalau Mango kenang2kan zaman universiti dulu, alangkah seronoknya...boleh beli baju saiz s & m. Pakai apapun elok je cuma tak ada duit nak beli. Skrg, dah beli XL pun...aik, ketat pulak.

Faisal,
Bersukan tu yg lemah tu. Hahahaha. Tapi Mango mmg jenis yg jalan cepat, kira exercise la jugak tu kan? Haa...kan, mana boleh diet kalau makanan semua nampak tempting. Tu yg mango fail tu.

Ummi,
Samalah jugak mcm kes org gemuk, kdg2 dlm bergurau-senda selalu saja diusik. Padahal orang yang mengusik tu bukan bertujuan untuk mengejek pun, tapi kita yang mudah terasa kan. Masa mango kurus dulupun begitulah, bila sebut tentang kurus-kurus saja telinga ni sensitif benar. Nak buat macamana, gemuk salah, kurus pun salah.

Izyan Nadiah said...
This comment has been removed by the author.