Saturday 15 May 2010

Bye-bye untuk Sementara

Dari tadiiiiiii lagi saya duduk di sini. Mula-mula mahu tulis tentang kenapa saya buat entri Ketam Masak Lemak Cili Api? Tapi kemudian tak jadi.

Ada beberapa stamp yang harus saya siapkan kalau bukan hari ini, selewat-lewatnya esok. Kalau tidak, mungkin hujung bulan Mei baru siap. Hujung bulan Mei pelanggan saya itu sudah bersanding.

Hari Isnin ini saya akan menghadiri kursus Sistem Pembentungan (sewerage). Kalau anda kontraktor, dan berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), anda perlu ambil kursus teknikal yang dianjurkan oleh PKK untuk renew pendaftaran. Nervous dan excited bergabung. Selepas 5 tahun, ini adalah kali pertama saya menduduki sesuatu kursus teknikal untuk syarikat (biasanya Big Boss yang pergi).

Soalan pertama saya kepada Big Boss (tentang kursus ini) ialah, "Ada exam?". Dan soalan kedua, "Ada pengiraan?". Saya takut saya sudah lupa macammana nak buat matematik.

Jadi Isnin hinggalah Khamis saya akan kata bye-bye kepada si perempuan bernama Mangosteenskin. Saya akan buka topi yang saya pakai sekarang dan tukar kepada helmet. Saya mahu bersedia.

Mana tahu saya perlu menjadi seperti Mike Rowe?

8 comments:

JariJari said...

..semoga urusan berjalan dengan lancar, insyallah!...

mrs sweet lola said...

mike rowe dirty job.hehe.

mangosteenskin said...

a.niza,
amin. :)

Mrs. Narchotique,
Ya dirty jobs. hehehehe.

euphoria said...

semoga sukses dalam kursus. I'm sure stamp itu semua boleh disiapkan sebelum pergi. :)

nuhaz said...

salam mango...all the best ya!!

c a b b i e n a said...

selamat bekerja & selamat bercuti
:)

StingRay said...

Kalau rasa dah stress dalam kurusu tu...jerit ja "bring it on!!!"..

Jerit dalam hati dah la masa kursus tu....jgn jerit betul-betul.

Malu nanti.


Tapi jgn jerit kuat-kuat sangat.

mangosteenskin said...

euphy,
dapat siap seadanya...tak semua.

nuhaz,
TQ!

cabbiena,
kembali ke sekolah! :)

StingRay,
Saya jerit, "Come on bebeh! Kita minum dulu!"... haha.