Wednesday 5 May 2010

Kerja

Bosan. Bosan menulis dalam bahasa Inggeris. Aku penatlah cuba berlari pakai kasut tinggi.

Okaylah, aku buang kasut tinggi, lari pakai kaki ayam lagi laju.

Kamu tahu, semalam kami (me & my 2nd brother) berkereta ke puncak bukit. Langsung tiada persediaan, cuma naik van buruk yang sarat dengan tangga, kabel-mable dan lain-lain. Kalau handphone terjatuh ke dalam timbunan barang-barang tu pun payah mau cari walaupun handphone tu berdering. Enjin van berteriak semasa mendaki, dan brek berbau hangus sewaktu turun. Aku syorkan abang aku tu tuang air (berlagak pandai la konon, padahal dah terbiasa dengan tips2 yang hubby bagi bila jalan jauh), dan cusssss....berasap. Rasanya ini kali ketiga berkereta dengan abang yang sorang ni, dan kali ketiga juga pull-over.

1. Kali pertama - Aku kena beli pod orkids di kaki gunung untuk projek tahun akhir, precisely di gerai2 orkid di Nabalu. Kereta yang kami naiki berasap, sampai kami pull over di dalam hujan.

2.Kali kedua - Seriously, tak ingat bila. Cuma ingat pull-over dekat simpang Benoni tu. Ada workshop, tapi workshop tutup sebab sudah malam. Nasib baik dia pandai tukar tayar. Macamanalah aku boleh ragui ke-hero-an dia tu, padahal dialah hero terulung kepada anak-anak buah aku kan.

3. Kali ketiga - Semalam tu la. Sementara tunggu brake-plate sejuk, dia sempat lagi menghantar fax menggunakan handphone. Ohya, semalam pun hujan juga.

Haa, inilah gambar tower yang aku snap semalam. Ada sedikit kerja yang perlu dibuat di atas tu, dan juga di bawahnya. Masa mau ambil gambar ni tiba-tiba langit terbuka, dan aku snap lah cepat-cepat. Kalau tidak, nampak putih saja sebab kabus. Tapi belum tentu kami dapat kerja ni lagi, semalam tu baru lawatan tapak. Lusa baru tutup tender. Soal kira-kira, aku serahkan bulat-bulat pada hubby, kerja aku cuma ambil gambar dan explain apa yang aku nampak supaya senang dia buat kira-kira. Mungkin esok aku akan busy menyediakan dokumen tender pulak. Abang aku itu bukanlah driver semata-mata, kalau kami dapat kerja ni dia adalah salah seorang kru yang akan memanjat tower itu nanti.

Ingat tidak pengalaman masa belajar dulu, kalau buat assignment bagus, dapat markah bagus. Di alam pekerjaan ni, tiada siapa bagi markah, tapi kalau buat kerja bagus, mungkin akan dapat gali punca rezeki, untuk diri sendiri dan juga orang-orang lain. Patutlah kerja itu dipanggil ibadah.

9 comments:

CAHAYA said...

cantiknya tower tu.

euphoria said...

alaaa tak kisah la.. lari pakai kasut tinggi ke rendah ke kaki ayam ke.. yg penting sampai ke destinasi kan heheh...

Good luck for the tender submission!!!

feltralicious said...

yarabi, barula aku perasan ko ni org sabah..hahahhaha

Nama aku Ijan said...

D mana tower ni?

mangosteenskin said...

cahaya,
hm...bila berada di sana pun best. sejuk dan berkabus mcm kat genting tu.

euphoria,
haah, yang penting sampai destinasi. :) insyaallah.

feltralicious,
akupun baru perasan ko orang sabah. hahahaha.

gula2 tuntung,
telipok. kalau ko p tuaran ko nampak banjaran2 seblah kanan tu kan...kalau ko tinguk ada satu mcm twin tower, naa...yg itulah tu.

Unknown said...

Org se-Borneo ka! :) hehhe...Nway luv the pic! Nice angle.

Faisal Admar said...

haha rasa macam pelik pula bila baca blog u dalam bahasa melayu. entah mengapa. maybe dah terbiasa dalam english kot :)

pernah plan nak buang kasut tumit tinggi, tapi cubaan yang tak berjaya :(

Azlina Abdul said...

I love this photo...cantik...pandai you ambik angle macam tu...looks very professional gitu hehehe!

Actually I don't mind reading your post in Malay....coz, what matters is the way you tell the story yg menariks perhatian I. Lain dari yg lain.. :)Good luck with the tender!

mangosteenskin said...

misfyd,
iya! orang borneo bah!! hehe.

faisal,
my english is not as power as you. i guess my limited vocab disebabkan jarang membaca tapi thru blogging actually banyak membantu utk improve penguasaan mango dalam bahasa inggeris. Cuma sekarang ni mango bukan saja susah nak karang in english, dlm BM pun sama. My writings mmg sounds pelik. So i don't plan to shift completely to BM... cuma after this mungkin jadi blog rojak sukahati la... :)

Lin,
TQVM. to misfyd juga. Biasanya kalau mango nak ambil gambar mmg take time nak cari angle yg best, setting yg proper tp untuk yg ni mmg mango just main snap-snap je. tak ada nafsu nak ambik gambar yg ada nilai estetika, yg penting everything my boss need to see, is there. Tapi...gambar yg main snap2 ni pula yg disukai orang. hehe. Hm, lain kali mango share gambar2 tower/work at height yg mango pernah snap k.

Tender dah submit lin, kalau ada rezeki tu, adalah. Macam yang mango cakap dgn faisal td...i think my writings weird...arh...lantaklah...dah tua ni...malas nak pikir byk sgt. hahaha.