Tuesday 26 February 2008

Nymph...call me nymph

dragonfly nymph 2006

I was crawling on the football field, looking for any insect to be shot. I found this dragonfly nymph and witnessed a murder! Haha..

"Tengok ni! Tengok ni! Dragonfly ni tiada sayap?! Ini lain jenis nih! (look! look! this dragonfly is wingless?! must be a different one!", punyalah sakai aku taim tu. First time nampak nimfa pepatung. Bukan lipas saja ada nimfa tau! Hahahaha...I think my brain is polluted by the idea that usually new-found things will be named after the founder's. Or in this case, the nymph found me.

Click here if you want to see dragonfly lifecycle or here if you want to know the definition of the word nymph.

Monday 25 February 2008

Multiple Door : IF

watercolor on paper

I like colorful doors, especially the wooden one. I think it will be interesting to see multiple type and color of doors used in a single building. Hmmm...they better have matching windows too! Click here to see beautiful doors from all around the world!
I took 3 hours to finish this illustration this morning and, ooh! I missed my breakfast!

Saturday 23 February 2008

Bukit Kokol

Bukit Kokol 2005
"Kan best kalau kita tinggal atas bukit?". Motorsikal menderum menuju kota. Bukit-bukau terbentang di kiri. "Aku akan lukis pemandangan ini bila pulang nanti," aku fikir. Setiap kali aku selak tingkap, pemandangan inilah yang pertama aku nampak. Kalau pindah rumah suatu hari, masih boleh tengok bukit ini.

Kata Stephen Yong, laoshi kelas mandarin dulu, "Depan laut, belakang bukit". Maksudnya, fengshui bagus. Orang tua memang suka bercerita.

Oil pastel on paper, my second oil pastel sebagai entri hujung minggu. Have a nice weekend!

Friday 22 February 2008

Peace Tag!


This cute dove sent to me by emila....with the message of peace! The first rule really needs a peace mind to do it...haha. Buuuut everytime I close my eeeeyes, all I see is the little birdie's innocent eyes and cute orange beak. Hehe...ya ok..ok...done it.

The rules:
1. If you get tagged or not (and want to play along), take some minutes to meditate about love and peace, pray for countries that are facing troubles, for those people you love and those you don’t.2. Write a post with links to blogs that you think would like to participate3. Link to this post so that people can easily find the exact origin of the meme.

So now....rizal, abgjas, baizurah, rasso...and bluecrystaldude....help this bird spread the word of peace and please. Do not kill. Even nyamuk pun jangan. Hahahahaha.

Wednesday 20 February 2008

Anting-antingku hilang

Oh tidak! Hari ini tidak seharusnya berakhir begini! Kenapa mesti anting-anting itu hilang? Bagaimana? Di mana? Mengapa aku take it for granted sehingga aku tidak ingat bila kali terakhir ia masih melekat ditelinga? Oh! Itu bukan anting-anting biasa! Itu anting-anting hikmat! Oh! Oh! Oh!

Tuesday 19 February 2008

Langit Hari Ini

Sudah hampir seminggu musim awan mendung dan hujan berselang-seli. Tengahari pun terasa angin sejuuuuk saja, macam awal pagi. Sebelum ini, cuaca tersangaaaat lah panas. Aku ingat-ingat lupa, dulu pernah ada kawan yang bergurau, "musim-musim sejuk begini kadar kelahiran akan meningkat (pastinya 9 bulan kemudianlah, hehe)". Luc..! Luc..! ...Luculah.

Ahhh...sejuknya...mana selimut! Selimut! Hahahahaha.

Monday 18 February 2008

Illustration Friday : Theory

When I found out that this week IF topic is "theory", the first thing that came up my mind is Newton Theory, or Theory of Gravity by Sir Isaac Newton. He got the idea of gravity when one day, as he sat under an apple tree, an apple fall on his head (not sure if the apple really fall on his head or not). "When I was in my garden one day thinking about the theory of gravity, an apple fell from the apple tree. I wondered why it fell down instead of up or sideways. I figured that some force must be pulling the apple down toward the earth. This incident inspired me later to form the theory of gravity".

So i decide to create an illustration based on the apple tree incident. I call this drawing "Theory of Gravity". And the explaination...man always on top of everything but when it comes to "woman", they are the one who always fall. Women...we are really the world's centre of gravity, aren't we? Hehe.

Saturday 16 February 2008

Encik Belalang yang Cool

Waktu sudah mendekati senja. Riang-riang dan burung wak-wak bersahut-sahutan. "Kenapalah U ni asyik ikut saja ke mana saya pergi?". Mulalah dia menyakat. Langkahnya bertambah laju sampai akhirnya dia hilang dari pandangan. Mungkin dia sangka aku akan mengejar.

Aku rilek saja (dalam hati kabak-kabak kata orang Brunei). Gila, ini tengah hutan ni. Tapi sekurang-kurangnya kalau ada gambar yang ingin aku ambil aku tidak perlu tergesa-gesa. Sambil-sambil berjalan aku menoleh atas. Bawah. Kiri ke kanan. Eh, ada seekor belalang sedang termenung berseorangan. Belalang ini sangat cool. Langsung tidak menunjukkan tanda-tanda takut. Samalah macam aku. Hehe.

Aku suka foto ini. Selain itu, baru semalam aku perasan there's something else special about this photo. Do you notice, what is it?

Thursday 14 February 2008

Basah Atas Basah


My first trial on "wet on wet". Memang comot sikit sebab aku x sabar-sabar mau siap.

Wednesday 13 February 2008

Peti Karun-Marun


Kotak kayu ni aku beli beberapa tahun lepas di kedai 2.00. Brown finish tu sebenarnya cuma watercolor yang disempurnakan dengan varnis lutsinar. So memandangkan aku x mampu beli arcrylic paint tu semalam, aku x keluar dari kedai tu dengan tangan kosong. Aku sukaaaaa sangat gold-paint marker ni. So tunggu apa lagi. Mau bagi hadiah valentine tidak semestinya yang mahal. DIY lah. Hehe.

p/s: Lily aku masih tengah pikir macamana mau decorate kotak kayu yang ko bagi aku 3 tahun lepas tu.

Tuesday 12 February 2008

Tahun Baru Saya


My first oil pastel 2005

Lukisan ini aku hasilkan pada tahun akhir aku di universiti. Dengan duit poket 50.00 seminggu, aku korbankan sedikit peruntukan material tesis untuk membeli sekotak oil pastel berharga 3.80. Hanya itu yang aku termampu waktu itu. Penulisan tesis sungguh memenatkan! 6 hari tidak tidur! Di sana-sini masih banyak kekurangan, dan waktu itu aku rasa hampir mustahil aku dapat menyiapkan tesis on time. Sudahlah tu, sehari sebelum pembentangan projek, laporan yang aku sediakan ditolak pula oleh penyelia. Dalam keadaan kepala otak jammed tu, akupun mengambil sedikit masa untuk menyiapkan lukisan yang mudah dan cepat. Dan ia benar-benar terasa seperti satu terapi! Lukisan ini adalah kenangan manis aku di tahun akhir itu.

08.02.2008. Tahun baru aku. Ada dua bungkusan hadiah berisi mesin jahit! Aku sangat teruja! Aku ingat Mr. Bos lupa harijadi aku seperti tahun-tahun sebelumnya. I'm so happy i couldn't ask for more! Aku kira mahu membuat illustrasi sempena tarikh ini, tapi boleh dikatakan aku sangat sibuk. Hanya sempat untuk online pun sebentar saja. Terima kasih kepada kawan-kawan yang tidak pernah lupa menghantar ucapan selamat.

Tadi. Di tangan kiri. Ada satu kotak cat arcrylic. Di tangan kiri, sekaki payung merah yang basah. Aku membelek-belek dan nampak harga di sisi kotak. Aku mencongak-congak bajet bulan ini dan meletakkan kotak itu ke tempat asal. Aku menahan diri dari mengorbankan peruntukan contingency. Hari gaji masih jauh lagi.

Ingat x batu yang aku lukis menjadi sebijik NOKIA 3310 tu? Sebenarnya dilukis menggunakan cat air. Apabila disembur varnis lutsinar, warnanya seakan melt dan jadi agak comot. So petang tadi, aku tergerak hati mau cakap dengan Mr. Bos, "Boleh x kalau saya minta beli acrylic paint?". Tau apa yang keluar dari mulut aku?

"Kedai di hujung tu saya suka". Mr. Bos terpinga-pinga. Aku x berani cakap...haha.

Monday 11 February 2008

I love You This Much Award!

Thanks to emila! for giving me this beautiful award. I love your blog and this award sooooo much.
I want to share this award with:

abgjas, emila of coz!, gennine, helmi, jiwasintetik, prozaknation, mr.naga, rasso, rizal , saharil, seweng, tokrimau, zwageri, kelat, bluecrystaldude, aff, lily

Thursday 7 February 2008

Tahun Baru Cina

Aku bercadang mahu lukis macam dia tengah tayang angpow yang dia dapat. Tapi bila dah banyak kali tengok, aku rasa macam dia mau bagi angpow lah pulak. Hehe.

Wednesday 6 February 2008

Hadiah Hari Kekasih



Ini cuma seketul batu jalanan yang aku kutip 7 tahun lepas. Adik-adik aku bila ternampak 3310 aku ni, masing-masing turun mengutip batu untuk dibuat handphone.

Bulan Febuari ini di merata-rata pasti banyak jualan bunga dan hadiah comel untuk hari kekasih. Batu ini pun comel juga apa. Ingin tampil unik dengan melakukan sesuatu yang tidak mungkin dapat kekasih atau pasangan anda lupakan?

Hantarlah mesej! Katakan, "SORRY WITH THE LOUD BANG, I JUST WANT TO SAY I LOVE YOU". Dan sediakan duit untuk ganti kaca tingkap yang pecah. Hehe.

How's that?

Tuesday 5 February 2008

Taun Tikus

Taun Balu Cina sulah lekat. Ini taun... itu taun tikus tanah warna coklat (brown earth rat) punyia. Lalam kalendar cina, ini pinatang ialah yang pertama. Habis ini taun, 12 taun lagi balu ini tikus latang balik. Tapi itu taun saya pun tarak tau apa punyia tikus lagi latang mari woo. Olang yang lahir ini taun, dia punyia taun, tikus loh. Olang yang lahir taun tikus...ini taun masuk umur 12, 24, 36 dan seterusnyia.

Ini wa lukis-lukis kemalin. Istimewa untuk semua yang menyiambut taun balu cina. Gong Xi Fa Cai!!! Mulah-mulahan ini taun manyak ong loh! Sikalang tunia pun manyak panas, itu pasat ini tikus pun pakai kipas.

Sunday 3 February 2008