Tuesday 12 February 2008

Tahun Baru Saya


My first oil pastel 2005

Lukisan ini aku hasilkan pada tahun akhir aku di universiti. Dengan duit poket 50.00 seminggu, aku korbankan sedikit peruntukan material tesis untuk membeli sekotak oil pastel berharga 3.80. Hanya itu yang aku termampu waktu itu. Penulisan tesis sungguh memenatkan! 6 hari tidak tidur! Di sana-sini masih banyak kekurangan, dan waktu itu aku rasa hampir mustahil aku dapat menyiapkan tesis on time. Sudahlah tu, sehari sebelum pembentangan projek, laporan yang aku sediakan ditolak pula oleh penyelia. Dalam keadaan kepala otak jammed tu, akupun mengambil sedikit masa untuk menyiapkan lukisan yang mudah dan cepat. Dan ia benar-benar terasa seperti satu terapi! Lukisan ini adalah kenangan manis aku di tahun akhir itu.

08.02.2008. Tahun baru aku. Ada dua bungkusan hadiah berisi mesin jahit! Aku sangat teruja! Aku ingat Mr. Bos lupa harijadi aku seperti tahun-tahun sebelumnya. I'm so happy i couldn't ask for more! Aku kira mahu membuat illustrasi sempena tarikh ini, tapi boleh dikatakan aku sangat sibuk. Hanya sempat untuk online pun sebentar saja. Terima kasih kepada kawan-kawan yang tidak pernah lupa menghantar ucapan selamat.

Tadi. Di tangan kiri. Ada satu kotak cat arcrylic. Di tangan kiri, sekaki payung merah yang basah. Aku membelek-belek dan nampak harga di sisi kotak. Aku mencongak-congak bajet bulan ini dan meletakkan kotak itu ke tempat asal. Aku menahan diri dari mengorbankan peruntukan contingency. Hari gaji masih jauh lagi.

Ingat x batu yang aku lukis menjadi sebijik NOKIA 3310 tu? Sebenarnya dilukis menggunakan cat air. Apabila disembur varnis lutsinar, warnanya seakan melt dan jadi agak comot. So petang tadi, aku tergerak hati mau cakap dengan Mr. Bos, "Boleh x kalau saya minta beli acrylic paint?". Tau apa yang keluar dari mulut aku?

"Kedai di hujung tu saya suka". Mr. Bos terpinga-pinga. Aku x berani cakap...haha.

4 comments:

Restnrileks said...

Nice work..

i can never do with oil pastels..in fact i dont even know how to do..if i use oil pastel, it may end up like a child doodling on a wall.. hehehe..

emilayusof said...

Great piece! Your strokes remind me of Mr Gogh! Great job!

mangosteenskin said...

rizal, when i was a kid, i hate oil pastel sooooooooo much. but they give strong colour and quite easy to blend (not to mention the smudged edges). i first learn to use oil pastel when i was 23. in fact this drawing is my first trial. if u know how to blend colors, i believe u can do it with oil pastel too.

emila, van gogh is my fav!. i borrowed a book with photos of his famous pieces from the library (since dec 2005), and i still haven't returned it until today. tunggu "bulan pengampunan" lah ini, kalau tidak kena dendaaa.

Restnrileks said...

thanks, i might give it a try.

I love Mr. Gogh too. It envokes my hepi child like feeling inside when looking at his works.

hey maybe both of us should give Illos.Friday. see how it goes. :)