Sunday 26 May 2013

Projek Kecil untuk Membantu Pesakit Kanser


Azreenchan berhasrat ingin membantu sahabatnya yang menghidap kanser otak, dengan menjual sticker bagi mengumpul dana bagi membantu meringankan beban perubatan pesakit. Kita pun boleh sama-sama memberi sokongan dan sumbangan dengan salah satu pilihan di bawah;

A. Beli sticker.

B. Sebarkan.

C. Doakan.

D. Semua di atas.

Saya harap anda suka rekaan pelekat yang saya buat. Ianya bukan semata-mata untuk memberi semangat kepada pesakit kanser, ia boleh jadi tentang apa sahaja usaha dan perjuangan dalam hidup kita. Yakin, percaya dan kuatkan diri untuk hadapi segala rintangan. Anda boleh mendapatkannya pada harga RM15 beserta 14 lagi pelekat yang telah direka oleh artis-artis yang mengambil bahagian. Setiap satunya membawa mesej untuk menaikkan semangat. Semua orang perlukan suntikan semangat setiap hari kan! Semoga segalanya dipermudahkan bagi mereka yang diduga dengan penyakit merbahaya dan semoga kita yang sihat tidak lupa bersyukur serta memberi sokongan pada yang memerlukan.
Azreenchan | Zamzammee | Farik Karim | Farhan Rosdi | Ikhsan Ise
Zulfiqar Naim | Azah Azura | Mysara Mangosteenskin



Jom tempah sambil menderma, untuk kegunaan sendiri ataupun dihadiahkan kepada rakan mahupun orang tersayang. Let's do one act of kindness today.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau membuat tempahan, sila klik di sini.

Terima kasih!