Bersusah-susah kemudian.
During my closed-for-commission period, I actually manage to catch up with office work but not my stamp projects. My plan has failed :( Mengikut rancangan, masa itu sepatutnya digunakan untuk mengerjakan projek stamp habis-habisan. Tahu tak, saya rasa macam tercekik tongkol jagung setiap kali teringat ada customer yang sudah berbulan menunggu order mereka siap.
I tried as much as possible, juggling tasks between stamp and office works, and not to forget, membuat kerja-kerja kebajikan di rumah. April also seemed to be a month di mana saya telah makan dengan sangat baaaaaaaanyak sehingga perut saya buncit dan baju-baju saya sendat (eh terkeluar tajuk pulak).
Ada sebijik stamp ni, sudah 3 biji pemadam besar saya korbankan, sudah banyak "tarikan nafas" yang saya skipped kerana terlalu berhati-hati, sampai mungkin ada sel-sel dalam badan saya ni yang mogok kekurangan oksigen... tapi stamp itu tetap gagal mencapai piawaian saya sendiri. Saya rasa stamp itu adalah stamp jahat, kerana ia telah membunuh keghairahan saya dalam arena ukiran stamp dan selepas 3 kali "turned off", keyakinan saya tercalar. Sedikit-sebanyak, itulah juga punca disaster yang menyebabkan saya gagal mencapai target. Hilang motivasi maa...
Sementara mengumpul kekuatan untuk bertarung semula dengan stamp jahat itu, saya mengalihkan tumpuan kepada stamp-stamp yang lebih kacang. Jangan risau, saya bukannya sedih-sedih. Saya sedang gembira sakan nih.
Tuan2 dan Puan2 sekalian... mempersembahkan, dua design stamp terkini... siri Koleksi Raja Sehari Kulitmanggis!!! *drum roll ~ Tush!!*
Kek ini tiada dijual di mana-mana, kerana bahan-bahannya adalah daripada jus perahan otak saya sendiri.
Marzukie. Asal sebut Marzukie saja mesti teringat bekas Cegu Bahasa Inggeris saya dulu, made in Machang Kelate. Bila sebut manggis, adakah anda teringat saya? Ini soalan umum bukan khusus buat Cegu Marzukie sa-orang hahahahahahahaha.
P/S: Janganlah nafsu anda tercalar pulak untuk terus bertandang dek kerana entri saya yang tiba-tiba sewel. Sebelum blog ini jadi blog arts & crafts, blog ini lebih kurang beginilah. Sebagaimana telah saya beritakan kepada kawan rapat saya, saya rasa mungkin saya sudah tua. Jadi saya malas mahu berfikir banyak, buat sajalah ikut rasa.