Wednesday 16 June 2010

Saya Manusia Biasa yang Banyak Keburukan


Minggu ini, kalau sebelah petang saja, mesti hujan.

Hubby saya kata, jaket dia berkulat (hahahahahaha kulat lagi!). Okay itu mungkin sebab terkena hujan tapi tak terus basuh, cuma gantung dalam rumah.

Sayapun jawap, "Okay nanti saya basuh sebab sayapun kena basuh jeans. Ada dua saja (yang lain dah tak muat), dan dua-dua dah kena hujan.

Hubby: Baguslah. Nasib baik ada dua saja. Kalau banyak tak tahulah apa jadi.

Saya: Kenapa pulak?!

Hubby: Sebab you tu solat tak menentu. Kalau ada banyak jin pasti lebih teruk.

Ooo...hihihihiihih.

Saya sangat gian mahu melukis, tapi saya tak buat sebab nanti saya akan rasa bersalah, masih ada kerja-kerja pejabat yang tak beres, begitu juga dengan tempahan stamp. Jadi saya suruh Putri stay still, sebab saya mahu sketch muka dia. Oh, payah.

Putri sudah genap setahun minggu lepas. Semakin pandai, dan semakin nakal. Dia boleh mengamuk kalau diberi minum menggunakan gelas yang ada muncung, atau kita bantu dia pegang gelas, sebab dia mahu minum menggunakan gelas biasa yang dia pegang sendiri. Dan saya? Saya semakin yakin yang saya bukanlah seorang ibu penyabar yang bersuara lemah-lembut. Pasti saya jerit, "Putriiii!!! Kan Mummy dah cakap! Putri belum pandai lagi!! Kan dah tumpah!

Tck! Apa pasal lah negatif sangat. Rasa macam nak ketuk kepala sendiri.

Minggu lepas saya masuk dalam bilik stor, dah komplen, "Semaknya stor macam kandang babi". Sebenarnya bercakap playfully dengan diri sendiri, gurau-gurau maa...

Hubby: Haish! Kenapa cakap benda yang tak baik?!

Saya: Eh! Gurau-gurau sajalah. Hehe. Sebut kandang babi pun tak boleh ka?

Hubby: Tarik balik!

Sayapun buat mulut Sluurpp macam orang tarik spageti atau mi.

Hubby: Macammana tarik?

Paused.

Hubby: Pegi ambik tanah, basuh mulut.

Hahahahahahahaha. Adeh terkena lagi! Tapi ketiga-tiga situasi di atas beri 3 gambaran negatif tentang diri saya sendiri.
  1. Selalu tinggal solat.
  2. Selalu meninggikan suara.
  3. Selalu merungut. Kemas sajalah sayang oi kalau dah semak.
Kalau diikutkan, list itu boleh panjang lagi, tapi hehehehhe...malulah kalau nak list semua. Sendiri mau pikir lah ya! Bersyukur saya sebab ada suami yang selalu mengingatkan.

Syukur juga sebab saya memang tak suka sebut perkataan-perkataan seperti s*al, f*ck, b*tch, p*****k dan etcetra. Tak guna kalau pakai tudung dan rajin solat tapi mulut bau busuk. Ini realiti lah, saya pernah jumpa orang macam itu (maaf sebab saya sebut perkara ini di sini, bukan niat mahu memburukkan orang, untuk peringatan kepada diri sendiri juga). No excuse, walaupun bercakap begitu kerana marah.

So of course, saya mahu jadi manusia yang lebih baik, itu semua adalah sifat-sifat mazmumah yang mesti saya lawan.

13 comments:

Anonymous said...

bagus kak sbb selalu muhasabah diri
untung akak dapat suami yang sentiasa mengingatkan diri untuk sentiasa istiqamah

:)

cima
www.daydreaminacup.blogspot.com

Anasfadilah said...

saya ingat saya sorang kalau kena tarik balik bad words buat bunyi 'slurpp'...

hahahah

p/s::masih ada ruang utk kita perbaki diri selagi nyawa dikandung badan :)

@reLong said...

Yup..kT pn sama kak..agak2 time nk tdo..mCm nk mgelat je dari solat isyak..then suami sy suh pi solat dlu baru tido..huhu

Awok's Kiter Craft (Awin) said...

salam...

suka tul baca post mango smenjak 2menjak nih...
mengingatkan Kiter kat diri sendiri jer...

Kiter pown slalu kna muhasabah n motivasi ngan incik hubby pasal solat la, jaga anak la, tgjwb as wifey la...kdg2 rasa nk mrajuk gak asyik kna komplen jerk...tp bila di pk2 kan balik aper yg di kata oleh incik hubby tu mmg ada betulnyer....

Syukur sgt2 dpt incik hubby...kurang2 ader gak yang nak menegur dari dpt hubby yg dr sndiri pown xtertegur...huhu

salam syg kt Putri...Kiter baru jer dapat baby gurl 9 hari lepas...hehehe syukur sesgt...
dah cukop sepasang, kna break dulu...

Nama aku Ijan said...

speechless trs..[insaf]

mrs sweet lola said...

kt mnusia bese mmg x perfect.tp sy cukup marah pd org yg kurg ajar.x mencarut tp cakap x lemah lembut,berlagak.bg sy muka x lawa xpe asl ade budi bhasa.

Edi said...

betulla.. mmg ade org camtu.. muka nampak baik je tp bile buka mulut bercakap.. mak aii... habis semua 'keindahan' di wajahnyer...

sbb tu untung ade husband.. ade org yg boleh ingatkan kiter betapa banyaknyer jin/syaitan kat keliling kiter! hehehe..
samalah kiter mangoo.. ;)

'Asyida said...

mango...cida sgt suka n terharu baca entry ni~ mari muhasabah diri utk jadi semakin baik..semakin baik..semakin baik...

mangosteenskin said...

ermph @cida,
:) bukan mudah nak jadi baik, nak jadi sebaliknya lebih mudah kan?

mangosteenskin said...

Cima,
Walaupun selalu muhasabah diri, tetap tak terlepas dari membuat kesilapan setiap hari. Ya, syukur kerana ada suami di sisi. :)

Anasfadillah,
Dah keluar dari mulut, kena masuk balik dari mulut jugaklah kan. So, kena slurrrp! Hehe. Betul, memperbaiki diri itu kerja sepanjang hayat.

@re-Long,
Mango paling mudah tinggal solat subuh. ZZZzzzzzz....

SyaAz,
Tahniah SyaAz, dapat cahayamata baru dalam keluarga. Semoga bertambah bahagia dan bertambah kekuatan untuk mengharungi hidup.

Betul, kadang2 malas gak dengar hubby membebel apatah lagi jika saranan mereka tu macam tak paham situasi kita. Tapi sebenarnya, itulah yg terbaik kan.

Gula2 Tuntung,
Sama. Muhasabah diri kita...:)

Mrs Narchotique,
Betul mana ada manusia yang perfect. Tapi kalau setakat kasar tu adakala mango cuba bertoleransi juga sebab setiap manusia diciptakan dengan sikap semulajadi masing2 kan. kalau kita nak komplen sangat, rasa macam kita komplen ciptaan Allah la pulak. Tapi apa2pun memang mango setuju, kita mesti ada rasa hormat dengan oranglain especially orang yang lebih tua. Budi bahasa budaya kita.

Kak edi,
Hehe, ada orang kata, those words mgkin ekspresi biasa bg sesetengah orang, they don't mention it dengan niat hendak memburukkan orang atau mencarut. Apapun mango neutral aja bila jumpa orang mcm ni, masing2 ada hak untuk jadi diri sendiri kan. Sendiri mau pikir la.

Yes, terimakasih Allah sebab pinjamkan seorang lelaki yang concern sebagai suami :)

Sugarpink Icing said...

mango, we're human, we're not perfect but we try to do better in the future. I have friends that like to say bad words and I never understand them . . .

AbGJaS said...

Hi mangosteenskin,
membaca post yg satu ini turut menusuk ke diri sendiri. Kelemahan org lain kita nampak - maybe kita nak komen, nak bagi nasihat- tp macam mana dgn kelemahan diri sendiri.

Jd abgjas rasa tak layak utk komen panjang sbb diri sendiri pun tak sempurna.

Kita cuma insan biasa, yg penting tingkatkan azam utk baiki diri. Mudah2an Allah beri kita kekuatan - amin.

Unknown said...

No one is prefect & Fyd sendiri pun tk perfect. Sama2 kita perbaiki diri & learn new things (good ones of course) always :)

p/s: Baru sedar blog Mango berwajah baru! Nice!