Wednesday 2 June 2010

Balik Kampung

Minggu lepas saya ada janji mahu reply semua email kan? Habis semua kabel, modem dan laptop saya angkut bawak balik kampung, termasuk satu fail penuh kertas-kertas yang memberatkan beg. Saya ingat saya boleh online dari kampung. Malangnya tak boleh sebab Streamyx di sana sudah ditamatkan perkhidmatannya. :P

Cuti agak panjang juga, 29 Mei hingga 1 Jun. 30 & 31 Mei adalah cuti am sempena Pesta Kaamatan di Sabah, jadi saya balik kampung. Kalau anda kebetulan datang ke Sabah pada tarikh tersebut lain kali, silalah luangkan masa untuk mengunjungi Sabah Cultural Centre atau Kadazan Dusun Cultural Centre di Penampang. Sebenarnya Pesta Kaamatan berjalan sepanjang bulan di seluruh Sabah pada bulan Mei, dan kalau anda ada rakan-rakan di sini, tak perlu tunggu 30&31 Mei, anda boleh pergi ke mana-mana acara sambutan Pesta Kaamatan di peringkat kampung/daerah.

Gambar di atas ni diambil ketika kereta bergerak 60-80km/jam ke pasar malam. Kalau dapat pull-over atau terus ke pantai mungkin dapat ambil gambar yang lebih best. Lihat tu, matahari benar-benar sedang mencecah horizon.

Pada hari kedua, saya ajak adik lelaki saya pergi survey satu tempat yang tak jauh dari rumah. Yalah, selama ni mana kami pernah ke mana-mana. Dah besar-besar, ada kereta ni barulah "ada kaki" nak ronda-ronda. Tapi, semangat saya memang sudah luntur hendak menangkap gambar, sebab asyik diekori oleh satu entiti.

Saya cuma snap-snap saja. Asalkan dapat merakam pemandangan di situ (mana tahu lain kali boleh pegi piknik). Sewaktu hendak snap foto ini, memang saya perasan ada 3 orang budak sedang bermandi-manda, tapi tak seorangpun bogel. Yang saya hairan, bila teliti balik gambar ni budak yang kebetulan berdiri membelakang tu bertelanjang bulat pula. Mana pergi seluar dia?

Ha, perasan tak entiti tu sentiasa mengekori ke mana saya pergi?

Gambar limau kasturi ini saya ambil ketika sedang duduk mencangkung di bawah pokok belimbing besi, di tepi sungai. Hahahaha. Tidak!!!! Mencangkung tak semestinya berak lah!

Hm, aktiviti saya yang lain, selain masak, makan, tengok TV dan tidur, adalah mengintai burung-burung. Yang ni sedang bertenggek atas pokok kembayau (dabai).

Yang ni sedang bertukar-tukar pendapat tentang anak-anak buah saya yang teruja bila kemuncup (rumput sundal) melekat di seluar. Mereka sengaja berlari pusing-pusing supaya lebih banyak kemuncup dapat dicollect. Hahaha.

Ha! Burung jenis ni memang suka curi makan. Bila seekor tengah makan, biasanya ada yang akan jadi jaga. Tukang memerhati keadaan sekeliling. Saya tak mau tenung muka burung ni lama-lama, sebab muka dia evil.

Dan yang ini, beri! Hari-hari saya pergi pokok beri ni. Petik, petik, masuk mulut :). Burung-burung yang mengintai dari celah daun tu tengok sajalah ya. Bila aku tak ada, korang dah puas makan beri ni kan!

p/s: Entiti itu sebenarnya adalah bayangan kulat yang semakin membesar di lensa kamera saya. Haih. Perlukan fulus lagi untuk menghantar kamera ke klinik.

7 comments:

SUHAIDA said...

hihi..paling menarik..pict yg ade entiti..hihi

Azlina Abdul said...

Ya Allah....teringinnya nak makan beri2 tu...looks yummy! Ha'ah la Mango....burung tu mukanya sangat evil...takut I tengok!! hehehe

Ummi-Izah said...

best nyer tgk gambar..suasana dan everything..kalo ader rezeki ummi jejak kaki ke KK eh (mai kat KK ker?) boleh kita jumpa hehehe tapi ummi nih sebenarnya segan jumpa org semenjak dah tak keja opis nih ^_^.

Papepun ummi suka gambar2 nih...boleh jadi great photog...

mangosteenskin said...

cik pink,
itu entiti jahat. boleh rosak kamera saya. sedang cari jalan untuk halau entiti itu.

Lin,
Haa...entah2 mango boleh pos tak keratan batang beri tu?

Ummi,
TQ...do let me know if u come to KK! Orang segan jumpa orang segan, jd kuranglah segan kot! Haha. Kalau nak tau, Mango lagi segan nak jumpa orang. Boleh berhabuk duduk kat rumah ni. Hihi.

Edi said...

hahaha.. dah agak dah entiti tu fungus camera! hahahaha... mmg suspen ah! bukan sikit2 duit nak bwk gi klinik tu.. boleh claim dekat kompeni tak? hihi..

btw nice pics! suke tengok! and stem bunga sakura tu sungguh ayu....

mangosteenskin said...

tulah kak edi...padan muka sendiri sbb tak jaga kamera baik2. Tak terfikir nak claim company...tp bila kak edi dah mention ni...terfikir pulak! hehe.

foto stamp bunga sakura tu cambest, i was thinking to make a print of it, dan framekan. Nak gantung kat my future studio, hehe.

TQ kak edi!

kayau said...

Melan, entiti tu apa?