Tuesday 29 June 2010

Jadilah yang Original

"Tidakkk...saya tidak mahu pakai ini" <--hampir menangis.

"Kenapa?"

"Sebab sama dengan seluar si Nyonyet (nama samaran)".

"Habis kau ingat apa? Budak tu pun mak dia beli di kedai, seluar dia. Kilang yang jait. Kalau kau mau seluar yang lain, kau jahitlah sendiri".

Begitulah kisah di suatu pagi yang dingin, ketika saya masih bersekolah rendah. Saya mengaku kalah kerana kata-kata ibu saya itu memang tidak dapat disangkal lagi kebenarannya, walaupun hati saya bagai digaru-garu bila saya dan si Nyonyet sama-sama ketawa terkekek-kekek bermain bola racun, dalam kelas pendidikan jasmani, memakai seluar yang exactly the same. Warna sama, belangnya pun sama. Macam buy 1 free 1.

Itulah antara penyakit saya, saya suka sesuatu yang unik.

Pro
1. Saya tidak suka meniru
2. Saya sanggup bekerja lebih keras untuk hasilkan sesuatu yang original, berbeza daripada apa yang saya nampak.
3. Saya suka mencabar kreativiti sendiri. I see a paper, not a paper ~ contohlah.
4. Saya optimis, limitation bukan penghalang.
5. Saya amat menghormati mereka yang benar-benar tulin dan ada gaya tersendiri.

Kontra
1. Menyusahkan diri sendiri, apa benda mahu DIY, mahu original.
2. Saya tidak suka ditiru. Saya jadi miserable bila ada orang mengcopy kerja saya.
3. Saya ambil lebih masa untuk menyiapkan sesuatu.
4. Otak saya sentiasa berfikir, mencari idea-idea baru, sehinggakan adakalanya tangan saya bekerja, tapi otak saya penat, completely somewhere else.

Bagi saya mencabar diri sendiri untuk sentiasa menjadi kreatif dan inovatif adalah sesuatu yang berbaloi, walaupun tidak semudah menciplak idea atau hasil kerja orang lain. Especially dalam dunia internet, jangan mudah menciplak hasil kerja orang lain walaupun orang yang kita ciplak itu berada nun jauh dihujung dunia, yang kita tak kenal, yang kita sangka mustahil kita akan bertemu suatu hari (apa-apapun, penting juga untuk kita melihat hasil kerja orang lain tapi hadkannya sebagai sumber rujukan dan kayu pengukur kepada skil kita semata-mata).

Saya suka kalau apa yang saya buat memberi inspirasi kepada oranglain, membuka minda mereka, dan menggalakkan mereka untuk bekerja keras memerah otak mereka sendiri, untuk menghasilkan sesuatu yang original. Sebab saya percaya, setiap manusia dilahirkan berbeza, dan kalau seseorang itu benar-benar berusaha untuk menggali anugerah yang tersembunyi didalam dirinya, DIA AKAN BERSINAR.

Hm, kalau saya jadi lecturer, susah kot pelajar saya mahu dapat markah tinggi. Hehe. Saya kurang gemar soalan "bonus".

*********************************************************************

Semalam saya menonton River Cottage di AFC, mereka sedang mengutip slugs daripada tanaman, dan memasukkannya ke dalam bekas. Kemudian, hos rancangan itu, Hugh Fearnley-Whittingstall berkata, "Biasanya slugs ini akan diberi kepada ayam sebagai makanan, tapi cuba lihat, mungkin dari segi kulinari, kita boleh memikirkan fungsi lain bagi slugs ini selain daripada setakat menjadi makanan ayam. Mungkin kalau kita berjaya hasilkan resepi yang bagus menggunakan slugs ini, orang akan mula makan slugs" <--- sangat positif dan optimis, saya suka.

Jadi diapun membawa slugs itu kepada seorang tukang masak, yang pakar memasak snails. Setelah direndam dalam campuran cuka (untuk membuang lendir), slugs itu dimasak dalam sos tomato. Tapi setelah dicuba, slugs itu berasa pahit, jadi si Hugh kata, "Mesti ada cara untuk buang rasa pahit", jadi dia belah slugs itu, dan keluarkan isiperut.

Kemudian, slugs itupun dimasak sate dan dibuat fritters. Setelah siap, dihidangkan kepada kawan-kawan untuk dicuba. Salah seorang tester kata, "quite good", dan si Hugh sangat gembira. Yang lain, pada hemat saya, tetap tidak suka idea makan slug itu (termasuk saya).

But you see, I like Hugh's attitude. Don't you want to be that determined, mencuba dan mencuba? Kalau gagal pun, no harm kan?

Atleast you
dah try.

p/s: Kata-kata ibu saya itu saya pegang sehingga ke hari ini, "Kalau mahu yang lain dari yang lain, kena buat sendiri".... dan, "Jadilah diri sendiri" <---- saya tambah.

So apalagi, gali hati dan minda anda, dan carilah diri anda yang terkubur untuk digilap.

12 comments:

'Asyida said...

paling tak suka kalau sama baju ngan org lain...kalau jumpa yg sama,terus dh tak pakai terus......mak cida pernah ckp,kalau taknak corak baju kurung yg sama ngan org,gi print corak sendiri..hahaha -cida-

contengconteng said...

sangat setuju. kena berusaha jadi unik baru la meriah sikit dunia ni. ada yang coklat, biru, dan sebagainya. takkan semuanya hitam sahaja kan?

Edi said...

ade org tiru mango ke? skrg ni byk kes2 camni.. sungguh "uncool"..

love your new header... sangat UNIK!

mangosteenskin said...

cida,
dari segi baju tu terpaksalah juga kita terima hakikat, tak mungkin dapat yg one of a kind, unless yg mmg special design la...mcm dato's siti gitu bolehla kan. ataupun seperti yg mak kita cakap lah, jahit atau print sendiri. hehe.

fadhlihamdan,
yes!! u got my point!

kak edi,
eh! taklah, tak ada. :)

Ini cuma rentetan kes2 plagiat yg terkena pada rakan2 blogger kita, cuma mango taknak sebut la siapa yang terlibat kan. Tapi tujuan Mango sebenarnya bukan nak fokus kesilapan orang tu, mango nak fokus, yang setiap kita ni mesti ada semangat mahu mencuba untuk menjadi unik, supaya kita berusaha untuk menggilap kebolehan masing2.

cheers to everyone!

kayau said...

melan, bestnya cerita ko...sangat memberi motivasi:)

euphoria said...

For a moment there, I was tempted tgk kerja2 sendiri samada ada yg nampak serupa dgn org lain. Hopefully tak ada (walaupun aritu ada org hint mcm kita tiru mango!). Kalau ada, tolongla bagitau.

Sebagai penggiat kraf, kita mmg akan tgk hasil karya penggiat lain sebagai point of reference dan ilham. Cabarannya adalah not to copy samada consciously or not. I have an obligation to ask my customers whether the design they forward to me is original or not. Kita buat apa-apa pun mesti dgn niat yg betul dan mohon guidance dari Allah swt supaya dapat berkat.

:)

Allycat said...

Hi
I'm a new blogger in Msia. Sorry I don't understand all you've written (my Bahasa is a bit rusty) but you seem pretty unique anyway so not to worry! Love reading about your life, its like learning about your culture as well. By the way, your new blog template is stunning (is it your own design?). I've linked your blog, it would be great if you link mine as well? - http://paperfrills-handmadecards.blogspot.com/ Thanks honey. Any news about your cat Blender? xx

Cik D momy the ZAs said...

macam mana pulak kalau ada orang yang bertahun-tahun menghantui diri kita sampai dah rasa mcm public figure dah kat dia!

she would definitely tiru sebijik2 setiap satu benda yang anda buat i.e status facebook anda, album title n photo caption anda, cara2 anda posing maut lam gambar anda, cara anda berpakaian n etc padahal anda langsung tak kenal dia (tapi dia kenal anda dan purposely nak tiru anda kot)

cemane tu??

i used to comments to public (in reverse way la kan) tapi tiba 2 dia reply dia cakap i yang takut dgn byg2 sendiri. cemana nak buat tu?

geram oke!

tqvm 4 ur opinion...

mangosteenskin said...

kayau@juvi,
TQ, i feel glad, kalau post ini mampu memberi motivasi. :)

euphy,
Hm, adakalanya kita harus menerima komen oranglain dengan berlapang dada, mungkin ada perkara2 yg oranglain nampak, kita tak nampak kan? Peringatan untuk diri saya sendiri juga. Ha'ah, untuk design yang customer sendiri sediakan atau request, mangopun selalu takut2 kalau design itu hakcipta oranglain. Mango sendiri pernah buat stamp daripada gambar2 yang customer download dr internet, tp untuk kes begitu biasanya mango tak caj untuk kos design, tapi entahlah...maybe it will still hurt the original artis kan? Ya, mango sangat bersetuju dgn pernyataan yang last tu, apa2pun kita kena merujuk dan mengharap keberkatan dari Allah.

Allycat,
thanks so much for the link and lovely comment! I'll put your blog in my following list k. I don't have bloglist widget yet. Nope, I don't know how to make my own design, so I just use the pre-made design & template offered by blogger but the header is my own artwork. Blender? He's still missing *sigh*.

Lalalola,
Cuak juga. Itu dah terang lagi bersuluh dah terang2 meniru lah tu kan. Pendapat mango, orang seperti ini mereka tak sedar pun yg mereka meniru. Bagi mereka, mereka cuma buat apa yang mereka suka, dan kebetulan pulak dia suka dgn apa yang dia nampak pada diri kita. Secara positif, mungkin itu menunjukkan yang anda adalah seorang yang menarik, macam artis, sampai orang tertarik nak ikut. :) Hm...tapi susah jg nak buat macamana kan...maybe kena juga approach dgn orang tu dan luahkan apa yang kita fikir. Mungkin selepas tu barulah dia akan tersedar. Argh, juz my 2 cents.

Cik D momy the ZAs said...

fyi, she had been following me (following la kot kan sbb dah jd mcm ni) since 2003-2004 la tp by dat time tak la obvious sgt... perkara ni jadik menggila2 mase zaman friendster dan kini di fb setelah saya mengamuk2 sket barulah beliau reda...
bayangkan kalau saya buat status fragile, dia pon nak jugak wat status fragile...
kalau album title saya daddy's girl, dia buat la jugak daddy'd gurlz die huhuhu
sakit hati okey!

JariJari said...

i like your new heading...baru jer berbincang dgn rakan about ciplaking...dia kata dia design...tp nak panggil designer kena ade concept sendiri bukan ciluk sana sini...adalah lebih sopan sekiranyer kita mengaku being inspired...aper2 pun teruskan menulis and melukis...both on FB and blogging.

mangosteenskin said...

Betul a.niza,

i like ur point. :)TQ