Friday, 28 May 2010

Si Kucing Kurap


Ini adalah sarapan saya pada hari ini. Anda, sarapan apa pulak?

Minggu ini saya berjaya berpuasa dua hari. :) Tapi bila dah sampai jam 4, nak tunggu sampai 6.26 rasa macam masa berjalan sangaaaat perlahan. Haha. Itulah kesannya bila dah biasa asyik mengunyah.

Dua malam lepas, ingat nak masak mi goreng ala-ala mi goreng mamak, tapi tak jadi. :)

Sebenarnya, saya cuba untuk berdiet, sebab sekarang kalau saya beli baju bersaiz XL sekalipun, tetap sendat. Jadi sila jangan hairan kalau anda nampak saya asyik pakai baju yang sama selang sehari dua. Kalau silap pakai, boleh jadi Incredible Hulk wooo...

Dulu-dulu saya sangat kurus. Sampai ada yang panggil saya Olive, bini Popeye. Sudahlah saya ni tinggi orangnya. Makanlah berapa banyak pun, saya tetap kurus. Sewaktu remaja, saya low self-esteem kerana selalu diejek dengan panggilan "si Kurus", sampai ada kucing kurap yang kurus lalu pun disamakan dengan saya. Jadi setiap kali saya pandang cermin, saya berdoa semoga Allah gemukkan saya sikit.

Sekarang Allah dah bagi apa yang saya minta. Makan, makan, makan. Gemuk. Bila pandang cermin, nak berdoa pada Allah minta kurus pulak, tapi terfikir sendiri yang manusia ni memang tak pernah puas dengan apa yang ada. Saya jadi sedar sebenarnya apapun yang terjadi pada diri sendiri terpulang pada diri sendiri juga.

Saya tak tahu berapa exactly berat saya sekarang. Mungkin 75? Yang pasti saya harus ambil perhatian terhadap petanda-petanda yang muncul seperti sakit tumit, kuat berpeluh dan cepat letih. Lagipun "muffin" yang terapung di sekitar pinggang ni bukannya sedap pun! Senak bila pakai jeans.

Nah, si kucing kurap sudah hampir jadi gergasi!!

Tuesday, 25 May 2010

Bencinta

Last night's dinner ~ oleh Chef Mango.

Saya suka makan dan suka masak. Tapi selain resepi-resepi mudah yang ibu saya ajar dulu, yang lain-lain saya belajar sendiri bergurukan buku resipi, AFC dan Discovery Travel & Living. Bersiar-siar di food section pasaraya juga banyak mengajar saya, di situlah saya mengenal halba, jintan manis, jintan putih, ketumbar, thymes, bay leaf, dill dan banyak lagi.

:)

Percaya atau tidak, kita juga sebenarnya boleh belajar masak dengan cara makan! Dengan syarat, kita aktifkan deria rasa, bau dan imaginasi.

:)

Tapi, bila sebut pasal makan ini saja sekarang, saya rasa bencinta okay.

Sunday, 23 May 2010

Dyah & Ratahtuli Degalin's Cuppies

...the founder of Ratahtuli Degalin's Cuppies, akan tukar status beliau bulan Mei ini. Horray!


Congratulations to both of you!



Sebenarnya Dyah dah order lama sangat untuk stamp Ratahtuli Degalin's Cuppies, tapi mula-mula saya design lain. Dyah suka juga dengan design yang pertama, tapi dia kata macam ni, "Kalau Dyah request tikus Ratatouille tu dan cupcake sebijik boleh? Then nak letak blog address dan nombor talipon".

Gulp.

Ingatkan dah boleh proceed ukir tapi nampaknya kena re-design. Saya taip balik "Yes" kepada Dyah. Dalam kepala ada "Alamak...boleh ka aku buat ni?!!".

Persoalannya; macammana nak masukkan si Liguini dan sebijik cupcake dalam stamp yang kecil tu?

*Dipendekkan cerita.

Apa-apapun, sekarang saya lega. Tak perlu lagi terjaga di tengah malam dan meracau-racau tentang tikus kecil ini. Hahahahaha.

Design asal dan design yang terkemudian. :)

Thursday, 20 May 2010

Percaya Diri Sendiri Saja

Dalam ujian teori pagi tadi, ada soalan tentang berapakah nisbah simen:pasir untuk bancuhan mortar.

Mula-mula, hati saya kata "Alah kacang, 1:3".

Kemudian saya teringat, sewaktu ujian praktikal semalam, kami disuruh menggunakan nisbah 1:4. Tapi tidak...saya yakin jawapannya bukan 1:4. Semalam tu sebab nak jimatkan simen.

Baru saja saya mahu tanda jawapan, Uncle yang duduk di sebelah kata, "1:2".

*I know, I know. Ujian OK. Tapi jarak kami memang dekat, so boleh nampak kertas orang lain.

Saya berbisik, "Tak mungkinlah Uncle, saya yakin 1:3". Saya jeling kertas Uncle itu, dia tanda 1:2. To me it matters, sebab Uncle itu tua dan berpengalaman buat kerja-kerja yang berkaitan. Saya ni apalah, kosong.

Uncle itu kata..."Tidak. Kalau untuk sambungan paip dan susun bata memang 1:2. Campuran 1:3 itu untuk.....(sori dah tak ingat alasan dia). Saya biasa buat kerja ni, saya tahulah".

Dalam hati saya, "biar betul Uncle ni, salah jawapan dia". Jadi sayapun cakap, "Tidaklah Uncle... 1:3. Bagus Uncle betulkan jawapan Uncle tu".

"Percayalah cakap saya. 1:2 tu jawapan dia... Ko tanda saja 1:2", bidas Uncle itu dengan yakin.

Walaupun hati kurang syok, tapi kempen Uncle itu berjaya. Sayapun tanda 1:2.

* * * * *

Selepas ujian tamat, kami sama-sama membuat semakan dengan Cikgu yang mengajar.

Kamu tahu apa? Jawapan yang betul adalah 1:3!!!


Pengajaran:
  1. Kita mesti percaya dengan diri sendiri.
  2. Orang tua tak semestinya betul. Hihihihi.

Wednesday, 19 May 2010

Kursus Sewerage Update 2



Update ringkas saja ya, sebab saya sangat penat.

Best.
Tapi kalau hari-hari kena gaul simen, susun bata, mungkin tak best jugaklah. Haha.

Saya memang tak pernah buat kerja-kerja bata ni, tapi peserta yang lain-lain tu... jangan main-main wooo... ada yang memang otai.

Sambil-sambil buat kerja kami berlawak-jenaka. Tapi kerja tetap buat betul-betul lah, sebab ini ujian praktikal.

Esok ujian teori pulak.

Wish me luck!!