I've seen this box displayed at the shop since last christmas. Aku rasa kotak ini cute dan menggoda.
No particular reasons. I just like boxes.
Sebenarnya aku x suka sangat idea membeli sesuatu semata2 untuk dijadikan koleksi. Kerana ia akan menjadi suatu pembaziran. Kerana aku fikir juga aku x akan hidup selama2nya untuk menjadi pemilik barang-barang tersebut. Jadi, pada hari aku membeli kotak ni aku dalam dilema.
----jangan beli----
-------beli---------
Kalau harga makanan naik lebih baik gunakan duit itu untuk beli makanan, atau lebih baik sedekah pada orang susah daripada membeli----sebuah kotak kayu!
Tapi akhirnya aku beli juga. Sebab aku fikir jiwa manusia ini perlu disuap dengan makanan2 yang boleh menggembirakannya. Kalau hati senang, kita akan tersenyum. Senyum yang ikhlas dari hati. Kita akan senyum pada orang2 yang kita sayang dan orang2 di sekeliling. Dan kita akan menyenangkan hati mereka. Jadi orang pertama yang aku gembirakan hatinya melalui kata putus yang aku buat itu adalah tuan punya kedai itulah.
Suatu hari, bila tiba masa---mungkin aku akan hadiahkan kepada seseorang. Mungkin seorang anak kecil yang jatuh hati kepada kotak ini. Atau kepada seorang kawan sebagai tanda ingatan.
