Wednesday 21 July 2010

Ringkas

Hampir dua jam saya duduk di sini. Tidak tahu hendak bercerita mula dari mana.

Hari ini adalah pengalaman pertama saya memandikan jenazah.

Sungguh, kita akan meninggalkan dunia ini tanpa satu apapun yang boleh dilihat dengan mata kasar, selain kain kafan.

Semoga roh Kak Normah dicucuri rahmat, Al Fatihah.

p.s. Entri ini pada asalnya panjang, tapi telah diringkaskan. Sila baca komen yang saya tulis untuk Kak Edi.

13 comments:

gunturina said...

1 hari nanti bla sy dah sah mualaf, sy akan kut kursus ni..

-Helena-

Edi said...

mango, in a way awak bertuah dpt berpeluang mandikan... kak edi pun x pernah mandikan mayat. surely it will leave a deep impact on you.
alfatihah for arwah..

mangosteenskin said...

Gunturina,
InsyaAllah. Kalau berniat yang baik-baik, pasti Allah bukakan jalan.

Nurain said...

pengalaman pertama memandikan jenazah arwah mak 2 tahun lepas tak akan saya lupakan selagi umur masih ada.. masih terasa seakan-akan baru semalam... sob sob..

Unknown said...

al fatihah for arwah...

Fyd first time tgk jenazah ialah arwah ayah Fyd last year & sempat berjumpa sebelum dikapankan...

Bertuah Mango dpt pengalaman baru yg for sure akan berguna sampai bila2 masa.

mangosteenskin said...

Nurain,
Ya saya pasti pengalaman itu tidak mungkin akan dapat dilupakan.

MisFyd,
Perpisahan memang menyedihkan, tapi doa anak yang soleh tetap akan sampai kepada orangtuanya. Semoga kita akan sentiasa mengingati mereka yang telah pergi dengan kiriman doa. Mango pula kadang-kadang sedih juga, sebab ibubapa berlainan agama.

mangosteenskin said...

Kak Edi,
Ya sedih dengan perpisahan tapi mango rasa gembira juga kerana berpeluang memberi khidmat terakhir buat arwah. Lagipun ini pengalaman berharga yang pasti berguna di masa-masa akan datang.

Sebenarnya mango sepatutnya ikut kursus memandi dan mengkafankan jenazah hari sabtu ini tapi tak sempat ikut kursus, keperluan untuk melakukannya telah tiba. Walaupun tak pernah buat lagi, tapi mango memang dah baca buku tentang cara-cara memandikan jenazah. Di youtube pun ada video.

Kak Edi pun tahu kan, mango seorang mualaf. Seumur hidup ini tak pernah pun nampak atau tahu bagaimana jenazah orang Islam diuruskan. Tahun lepas, pertama kali pergi ke rumah orang meninggal tapi Mango rasa terkesan melihat anak-anak arwah yang tidak bersedia untuk memandikan dan mengkafankan jenazah ayah mereka.

Mango rasa setiap orang Islam perlu sentiasa bersedia untuk memberi khidmat atau sekurang-kurangnya tahu apa yang perlu disediakan.Malah lebih afdal jika kita sendiri yang memandikan suami, isteri, ibubapa, anak-anak dan adik-beradik kan.

Selepas pengalaman yang pertama, mango rasa kita perlu kikis perasaan yang menakutkan tentang mayat. Rasanya sama seperti memandikan orang biasa cuma bezanya tubuh itu tidak bernyawa lagi. Suami mango pula menugaskan mango untuk mengetuai urusan memandikan jenazah semalam dengan dibantu oleh MIL dan adik-adik ipar. Memanglah mango agak gementar kerana semuanya baru, tiba-tiba disuruh jadi ketua. Alhamdulillah, berkat doa mango rasa tenang dan mampu memberi keputusan bila perlu melakukan itu, ini. Memang timbul juga perasaan takut-takut, seperti sudah cukup bersih kah, terlalu kuatkah kita tekan sewaktu istinjak dan sebagainya. Ada juga yang komen itu ini sewaktu proses berlangsung tapi kita kena yakin dengan apa yang kita tahu sebab adakalanya yang kita dengari itu tak semestinya betul. Sebab itulah kita amat perlukan keyakinan dan ketenangan pada saat-saat ini. Syukur juga sebab suami banyak memberi tunjuk-ajar.

Alhamdulillah, MIL mango pun sangat lega kerana kami sekeluarga sendiri menguruskan jenazah sehingga ke liang lahad. Itu juga adalah kali pertama untuk MIL dan in laws memandikan dan mengkafankan jenazah.

Baby Tisya said...

Hebatnya u sis...respect sgt!erm nak bljr jgk la mandikan jenazah.thanks to u krn membukakan hati dan minda insan yg baru sedar diri ni.saya doakan sis dapat tunaikan tanggungjawab tu pada ibu bapa sendiri pula.Bittaufiq wal hidayah insyaAllah

mangosteenskin said...

Mrs. Irwan,
Alhamdulillah, Allah juga yang telah bukakan jalan untuk saya menimba pengalaman. Ya, kalau ada peluang, ikutilah kursus-kursus yang dianjurkan oleh badan-badan agama.

Awok's Kiter Craft (Awin) said...

Salam,

Al-Fatihah n takziah wat arwah n famly...Semoga rohnya dicucuri rahmatNya.

Bertuah mango dpt pengalaman tu even Syaaz sendiri pown belum tentu berani nak mandikan jenazah... n bertuah jugak Mango coz dapat mr hubby yg begitu titik berat hal agama lam famly... Tambahan pla bleh menjadi guide pada Mango.

Kdg2 SYaaz sedih tgk ada sesetengah suami yg isterinya mualaf ambil ringan bab2 agama. ada tu dia sendiri xdapat menjadi guide pd diri sendiri. Ada sesetghnya pula si suami yg mualaf tp si isteri terikut2 cara si suami yg mmg sah2 perlukan bimbingan.

Alhamdulillah mr hubby Syaaz pon menitik beratkan hal2 agama. Syukur sgt2...

Akhir kata, takziah skali lg wat kluarga arwah...Al-Fatihah....

euphoria said...

Pengalaman membantu mandikan jenazah dah dua kali (both my grandmothers) tapi belum juga sempat pegi kursus yang formal.

Perkara yg tidak pernah kita lalui mmg kadang2 menakutkan jika difikir2 sangat tetapi eloklah kita berfikir positif dan berhenti menakut-nakutkan diri sendiri. Tiada apa yg perlu ditakutkan dgn jenazah kan? Kita perlu hormat dan berlemah-lembut. Sayangi kepunyaan Allah yg akan kita hantarkan pulang. to be involved in the process is a privilege.

mariyaamohdtahir said...

pengalaman memandikan mayat memang tak boleh dilupakan.. pernah dua kali membantu dalam memandikan mayat. yang paling tidak dilupakan untuk makcik (mok dah), pada 15 syaaban 1431 di HUKM. Saya,adik, dan 2 makcik menolong ustazah (tak tau nama, dr bukit aman) mandikan mayat makcik. Suasana yang sunyi pada pukul 2 pagi memang menginsafkan, melihat dia yang pergi tanpa disangka. Alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan, semoga Mokdah ditempakan bersama orang2 yang beriman dan beramal soleh, ameen.... masih teringat ingat muka mokdah kali terakhir..

mangosteenskin said...

Euphy,
betul tu. Mango setuju. terima kasih kerana berkongsi.

mariyaamohdtahir,
insyaAllah, amin. thanks for sharing too. pengalaman sebegitu memang menginsafkan. sayapun masih teringat wajah arwah, semasa dia masih hidup dan juga semasa dia dimandi dan dikafankan.