Pada hari selasa lepas, saya berkesempatan menghadiri Folk Art talk yang diadakan di Sabah Art Gallery.
Selepas menghantar suami ke tapak pembinaan, saya bergegas ke situ dan bila sampai,
Yusof Gajah sudah hampir selesai memberikan
talk. Tiada siapa yang mengenali saya dan sayapun tidak kenal sesiapa kecuali beberapa muka seperti Yusof Gajah dan Jainal Amambing (sudah tentulah mereka tidak kenal saya). Saya rasa bangga kerana dapat hadir. Hati berbunga-bunga-bunga.
Saya ada membawa kamera, tetapi terlalu malu untuk bangun dan menangkap gambar. Jadi kamera saya, saya simpan di dalam beg tangan sahaja. Tapi rasa lucu juga, ada yang bertanya jika saya wartawan.
Tak sah juga kalau tak ambil gambar kan, jadi saya keluarkan kamera dari dalam beg dan sengaja mengambil gambar Yusof Gajah dari celah-celah bahu dan rambut orang yang duduk di hadapan saya.
So that you know, this is how I see the speaker that day, seperti mengintip-ngintip saja.
Yusof Gajah
Saya ada membawa buku Elephabet dan The Real Elephant untuk ditandatangan oleh Pak Yusof, tapi tidak kesampaian kerana tertinggal di dalam kereta.
Dalam pada itu, saya sempat juga berkenalan dengan
Jainal Amambing dan
Suzani Hj. Suhaimi. Saya suka kerana mereka begitu bersemangat bila bercakap mengenai seni, a
nd I can conclude that both of them are giving me the same advice; I should draw, draw, draw. Practice makes perfect.Saya juga berjumpa dengan Husman (pada hari itu baru saya tahu nama beliau) yang selalu saya lihat melukis di pintu masuk Pasar Pekan Papar sewaktu sekolah menengah dulu. Saya ingat lagi ada masanya saya sengaja lalu berhampiran tempat dia melukis untuk lihat lukisan beliau. Tapi ada masanya juga saya takut untuk lalu di situ kerana dia selalu menegur, "Hai adik, mari sini saya lukis muka kau".
Jadi, pada hari itu, dia sangat hairan kenapa saya berada di situ. Hehe. "Kamu pelukiskah?", tanya dia dan saya tersenyum kambing saja sambil jawap "tidak".
While I had pledged to myself that I will dedicate my life to support my husband in his career, somehow I feel so happy that I went there that day. But you know what did I keep asking myself while sitting on the chair? WHAT THE HELLO KITTY AM I DOING HERE?
Maybe it's a good start, I hope so. I will just follow the flow, I'm sure God knows what best for me.Ohya, saya teringat komen Pak Yusof bila ditanya mengenai isu ciplak, "Jangan jadi miskin kerana kamu berbakat. Kalau kamu ditiru, bagus juga... kerana dapat pahala percuma". Haha.
p.s. Semalam saya bercadang untuk pergi ke Balai Seni lagi untuk Majlis Pelancaran Pameran Folk Art, tapi tak jadi (anda tahu sebabnya jika baca entri sebelum ini).