Hari ini aku kembali ke kedai yang tutup masa Good Friday itu hari. Kedai itu kosong. Dan berkunci. Aku dan Lily terpaksa tawaf tiga kali. Kali ketiga, ada seorang amoi sedang duduk di meja bertentangan pintu. Rancak bercakap di talipon. "Chong cheng chong cheng...cancer...hai you...", dan seterusnya. Kami masuk. Hampir 15minit layan diri. Aku pura2 ambil satu set glossy paper dan masuk dalam beg. Amoi itu masih x perasan.
Aku sudah nekad. Biarlah amoi itu bercakap puas2. Berapa lama pun aku sanggup tunggu. Aku cuma mahu tanya sedikit hal. Aku tidak mahu pulang dan berfikir2 hal itu lagi.
"Sekalang tiada stok, kalau mau cuba cari di Bollywood lah, Kalamunsing sana".
"Bollywood?".
"Iyaa..cali saja kedai komputer Bollywood. Kami cuma diaolang punya dealer. Diaolang kami punya supplier". Amoi pakai eyeshadow coklat kelabu.
***karamunsing**

"Li, tiadapun kedai nama Bollywood. Mari kita tanya orang".
"Cari dulu. Kalau masih x jumpa baru kita tanya orang".
"Ko rasa tadi tu dia maksudkan Bollywood ka, Boulevard?".
"Yakan, kedai komputer Boulevard memang ada!", gigi Lily yang besar2 itu sudah mula kenampakan. Kebetulan, kedai Boulervard itu betul2 di depan mata. Hahahaha. Nasib baik kami x sempat tanya orang,
di mana Bollywood?.
***Announcement***
The 2nd, 7th, 8th and 9th person to comment this entry will get mangosteenskin's initial freebies!! So kamon men, komen!!
I will not publish all unmoderated comments until I get the lucky 9th commentor.
Fresh prints of "Heavy", Rescued Sistahs & Lotus Leap