Wednesday, 5 September 2012

Eksperimen dengan Tekstur


Acrylic on board (9" x  9")


Ini adalah sebuah lukisan ekspres dan santai.
Saya ikut saja gerak tangan tanpa banyak berfikir,
tak peduli tentang ketepatan detail...yang penting siap cepat.

Sebenarnya cuba bereksperimen dengan texture.
Boardnya adalah papan kek terpakai, disapu dengan gesso primer, kemudian di tampal dengan tisu,
sebelum dilukis.
Disudahi dengan sapuan matte coating.

Monday, 13 August 2012

Kad Raya untuk Blog

 Yang background kuning ni adalah proposal...


Yang background hijau ni, final.


Ilustrasi untuk posting raya di blog ummiakid.

Wednesday, 25 July 2012

Watermark untuk Foto Anda


Amacam OK tak?

Hehehe satu lagi watermark yang saya buat untuk kawan.

Melayu's Cookies ni adalah homebased business yang berpengkalan di New York dan Florida. Jadi kalau ada saudara-mara atau sahabat handai yang berperantauan di United States bolehlah membuat tempahan biskut raya, kek lapis dan juga kudapan-kudapan yang sewaktu dengannya di Melayu's Cookies. Modus operandi mereka adalah tempahan secara online dan kiriman melalui pos.

Ini page mereka dalam Facebook.
https://www.facebook.com/pages/Melayus-Cookies/221045294580141

Page ni baru lagi, dari semasa ke semasa mungkin mereka akan kemaskini dengan menambah produk baru.

Note: Gambar cookie di atas tu adalah cookie yang saya buat bukan Melayu's punya...sekadar dijadikan sample untuk watermark tu.

Kalau ada yang berminat untuk tempah watermark dari saya rasanya boleh juga. Untuk kegunaan blog dan facebook atau apa-apa sajalah yang memerlukan anda menerbitkan gambar anda di internet kan? Harga RM25 setiap satu design...saya akan sediakan dua watermark, hitam dan putih. Sila emailkan saya di mangosteenskin(at)yahoo(dot)com.

Tempahan dibuka terhad kepada design watermark sahaja k, sila jangan tanya saya tentang logo, blog header dan lain-lain.

Sunday, 15 July 2012

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1433



Seperti juga tahun lepas gambar ini saya lukis menggunakan aplikasi Graffiti di FB.

Klik di sini untuk lihat ulang tayang graffiti ini.

Jika ada sesiapa yang suka saya izinkan copy gambar ini dan paste di blog masing2 ataupun simpan kat hp boleh digunakan untuk MMS keluarga dan sahabat taulan. Sama-samalah kita saling mengingatkan tentang kedatangan Ramadhan bulan yang mulia ini ya.

Di kesempatan ini, saya juga ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan pada semua. Selamat Berpuasa!


Saturday, 14 July 2012

Dunia Terus Berputar


Tahu tak lagu ni?

Sekian waktu dunia saya telah berhenti berputar di sini.
Tapi anda semua tetap terus berkarya,
dan terus berkembang dengan dunia kreatif masing2.
Syabas saya ucapkan.

Sekali-sekala saya melawat blog anda,
dan saya tumpang gembira,
ada yang sudah menapak semakin jauh,
mendaki semakin tinggi :)
Tahniah ya kawan2! 

Kadang-kadang saya rindu juga,
Saat-saat manis sebagai pengukir stamp dulu, hihihii.
Kesibukan menyemak, membalas email, menyiapkan design, mengukir, memotong kayu malam2... :)
Sekarang semuanya sudah terperosok jauh di dalam stor, bertemankan habuk dan sarang labah2.
Kadang-kadang saya terfikir juga, ada lagikah orang baca blog ini?
Hahahaha.

Banyak perkara yang mencetuskan inspirasi,
hanya keutamaan sahaja yang sudah jadi berbeza.

Rindu hendak menggores sesuatu,
Macam dulu-dulu...hihihi.
Sayapun keluarkan tablet, dan buat design freehand,
untuk seorang kawan.