Aku bercadang mahu lukis macam dia tengah tayang angpow yang dia dapat. Tapi bila dah banyak kali tengok, aku rasa macam dia mau bagi angpow lah pulak. Hehe.
Thursday, 7 February 2008
Tahun Baru Cina
Aku bercadang mahu lukis macam dia tengah tayang angpow yang dia dapat. Tapi bila dah banyak kali tengok, aku rasa macam dia mau bagi angpow lah pulak. Hehe.
Wednesday, 6 February 2008
Hadiah Hari Kekasih
Ini cuma seketul batu jalanan yang aku kutip 7 tahun lepas. Adik-adik aku bila ternampak 3310 aku ni, masing-masing turun mengutip batu untuk dibuat handphone.
Bulan Febuari ini di merata-rata pasti banyak jualan bunga dan hadiah comel untuk hari kekasih. Batu ini pun comel juga apa. Ingin tampil unik dengan melakukan sesuatu yang tidak mungkin dapat kekasih atau pasangan anda lupakan?
Hantarlah mesej! Katakan, "SORRY WITH THE LOUD BANG, I JUST WANT TO SAY I LOVE YOU". Dan sediakan duit untuk ganti kaca tingkap yang pecah. Hehe.
How's that?
Tuesday, 5 February 2008
Taun Tikus
Ini wa lukis-lukis kemalin. Istimewa untuk semua yang menyiambut taun balu cina. Gong Xi Fa Cai!!! Mulah-mulahan ini taun manyak ong loh! Sikalang tunia pun manyak panas, itu pasat ini tikus pun pakai kipas.
Sunday, 3 February 2008
Saturday, 26 January 2008
Selamatkan telur
Lari!!! Lari!! Selamatkan telur!! Selamatkan telur!!
Pasu cekur dan sarang burung jadi sarang semut gila. Kawan aku cakap semut tu dipanggil semut gila sebab selalu lari lintang-pukang, tidak tentu arah macam orang gila.
Masing-masing menggonggong telur. Lari pusing-pusing. Terlanggar kawan. Tukar arah. Masuk barisan.
Aku siram. Halia dan kunyit yang aku tanam dalam pasu sudah mati. Kering macam warna jerami. Daun tongkat ali pun sudah jatuh. Yang masih melekat sudah kuning-kuning. Aku pernah baca kononnya tumbuhan di saat kekeringan, mengeluarkan bunyi nyaring ketika hampir mati. Frekuensi bunyi itu terlalu tinggi sehingga tidak dapat didengar oleh telinga manusia. Mungkin betul, sebab memang aku x dengar apa-apa bunyi dari beranda tu. Hari ni baru aku nampak halia dan kunyit sudah mati.
Dalam musim panas, koloni semut gila dilanda banjir kilat.
Orang awam menyelamatkan diri dan anak-anak kecil. Polis tentera memberi tunjuk arah. Permaisuri tidak kelihatan. Mungkin lari ikut secret tunnel. Dilindungi secret agent. Mayday! Mayday!
Selamatkan telur!! Selamatkan telur!!

Subscribe to:
Posts (Atom)