Tahu tak lagu ni?
Sekian waktu dunia saya telah berhenti berputar di sini.
Tapi anda semua tetap terus berkarya,
dan terus berkembang dengan dunia kreatif masing2.
Syabas saya ucapkan.
Sekali-sekala saya melawat blog anda,
dan saya tumpang gembira,
ada yang sudah menapak semakin jauh,
mendaki semakin tinggi :)
Tahniah ya kawan2!
Kadang-kadang saya rindu juga,
Saat-saat manis sebagai pengukir stamp dulu, hihihii.
Kesibukan menyemak, membalas email, menyiapkan design, mengukir, memotong kayu malam2... :)
Sekarang semuanya sudah terperosok jauh di dalam stor, bertemankan habuk dan sarang labah2.
Kadang-kadang saya terfikir juga, ada lagikah orang baca blog ini?
Hahahaha.
Banyak perkara yang mencetuskan inspirasi,
hanya keutamaan sahaja yang sudah jadi berbeza.
Rindu hendak menggores sesuatu,
Macam dulu-dulu...hihihi.
Sayapun keluarkan tablet, dan buat design freehand,
untuk seorang kawan.