Sunday 20 April 2008

Projek Swap Kita : atc#1 Identity


Aku rasa honored kerana diberi kuasa untuk memilih tema acara bertukar2 Artist Trading Card (atc) yang pertama. Mula-mula aku bagitau Rizal, tema yang aku pilih akan bergantung kepada mimpi. Sebab aku bagitau dia, aku malas nak pikir. Sebelum tidur, aku bagitau diri aku untuk alert kepada mimpi yang best2. Tapi pagi tadi aku terjaga dan berpikir2 panjang...sebab aku x paham mimpi aku yang merapu2.

Jadi aku ambil kamus, dan baca niat. Perkataan terakhir pada mukasurat yang aku bukak itu akan jadi tema. So, inilah perkataan itu------identiti! Bila aku timbang2, oleh kerana ini projek atc kita yang pertama, so memang sesuai jugaklah tema identiti nih. Hendaklah melambangkan diri pelukis----kiranya macam ni lah...bila orang tengok saja lukisan tu akan membuatkan orang teringat pada kita. Contoh, macam aku, mestilah aku lukis manggis kan!! Ooops! Gunalah apa2 lambang atau objek, atau apa2 saja!! Anda cuma perlu jadi kreatif!

Syarat:
  1. Setiap peserta hasilkan 3 original ATC (bukan print).
  2. Saiz kad adalah 2.5" x 3.5". Sebaik2nya gunakan kertas yang berkualiti.
  3. Untuk tema Identiti ini, poskan atc anda kepada saya (emel saya di mangosteenskin@yahoo.com untuk request alamat. Deadline untuk poskan atc kepada saya adalah 20 may 2008. Anda akan dapat 3 kad daripada orang yang berbeza.
  4. Kos sampul dan setem saya belanja!! Tapi ingat, buat cantik2 ya!! Haha!

Participants (so far):

  1. mangosteenskin
  2. emila
  3. rizal
  4. debbie
  5. megat
  6. ida
  7. cecima
  8. pupu
  9. jiwasintetik

14 comments:

emilayusof said...

Kemusykilan jangan! Biasanya di Monday Artday kami swap 1 untuk 1 atau 3 untuk 3. Semua kad mesti di pos kepada hos (itu kamu!) dan hos akan memberi 3 kad dari artis-artis yang lain kepada setiap seorang. Duit setem ditanggung oleh hos atau hos boleh request untuk sampul surat beralamat dan bersetem. Jadinya kamu pilih yang mana, 1 utk 1 kah, atau setem ditanggung kah dsb. (Edit your post with the additional rules.)

Ida Karim said...

Boleh saja kalau nak suruh Ida join.
Kemusykilan, mmm kalau 10 orang yang amik bahagian Manggis kenalah sediakan 9 atc.

mangosteenskin said...

ok post dah diedit! rujuk syarat ya!

Restnrileks said...

i am in,

ohhhh jadik post kat manggo yer.. kiranya buat 3 yer - sorang bukan buat 5 (satu untuk kak emi, kak ida, mango, debbie dan megat)..

hmmm.. kalo 3 kira tak semua laa dapat semua artist yang terlibat kan? tapi sebab buat 3 tuu yang buleh buat 2nd tema kan? hehehe

orait then - i just follow the rules..hehe..20 may..kena pantas ni..

errr mango, may be you want to a list of names siapa yang confirm masuk kot after the rules.. and keep updating the names kalau ada yang tambah

now..it is the time for go go cayukkk...hihihi..

cecima said...

ngeee..punyela dok pk..atc tu shortform utk ape eh?..theehehe...

okeh2 20may eh..wokeh..siap~

erk rules no satu tu means kena lukih manually ke?

http://cecimacomot.wordpress.com

emilayusof said...

Muahaha...udah mestinya perlu buat cantik2 kerna uwang setemnya ditanggung Manggis!

mangosteenskin said...

rizal, yes buat 3 saja. Ikut cam konsep monday artday atc. ya, ya...nama artis akan dipampang. haha.

cecima, atc ialah singkatan untuk artist trading card. yes, syarat no.1 tu maksudnya artwork yg original handwork lah. Klu lelong dekat ebay buleh buat duit ni, tp sini kita trade fo free. Hahahaha. Kan best dapat collect artwork!

ya, kak emila. musti. musti buat cantik2. haha!

Restnrileks said...

baiklahhh, sebab si host akan menanggung segala kos..memang kena la buat cantik2.. kan ku taruhkan jiwa, perasaan, hatiku ke atas atc ni.. muaks muakss ohh atc.. kekeke

remain.anonymous said...

Wachaaa!!! I JOIN! haahhaa. i want i wantt!!!hehehe...

pupu
http://bubbly-pu.com

mangosteenskin said...

halo pupu!! anda dialu2kan!! yeehaaa!!

jiwasintetik said...

hmm... cam menarik jer.

20 may yek? macam sempat je nak join.



kudos!

mangosteenskin said...

ok, syntheticsoul!! u're in!!!

mari lah mari,
kita melukis,
tunaikanlah kewajipang,
pada kengkawang!!
(nyanyi dengan bersemangat)

Elara said...

My ATCs are done! Tak berapa lawa tapi menepati syarat kot. =)

Manggis, I've emailed you for your address.

mangosteenskin said...

syabas debbie!!! ok nanti saya berikan alamat ya!